1. Apakah yang
paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang
paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang
paling besar di dunia?
4. Apakah yang
paling berat di dunia?
5. Apakah yang
paling ringan di dunia?
6. Apakah yang
paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang
paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"
Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa
semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat
sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran
ayat 185
KEDUANYA beliau bertanya apakah yang
paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"
negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali
menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling
betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak
akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari
ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di
kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah
yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung,
bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan
yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'.
Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu
mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT belia bertanya tentang apakah
yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi,
gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar
tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan,
binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup
memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi.
Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah
dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang
telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah
yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas,
angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan
yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan
sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan
sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah
yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam
Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul
ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka
menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan
perpecahan.
|
No comments:
Post a Comment